Kadar Pengangguran UK Jatuh Ke Paras Terendah 41 Tahun, Pendapatan Naik 2.4%

104

Kadar pengangguran UK berkurangan kepada 4.6% pada Mac dari 4.7% yang direkodkan sebelum itu. Data kali ini juga kurang dari jangkaan pasaran 4.7% dan merupakan bacaan terendah sejak 1975.

Gunatenaga atau pekerjaan meningkat 122,000 pada suku pertama dan naik 381,000 sepanjang tahun di mana kadar penyertaan tenaga kerja (participation rate) mengukuh ke paras 74.8%.

Manakala tuntutan faedah pengangguran (Claimant count change) meningkat 19,400 pada April berbanding 33,500 tuntutan yang direkod sebelum itu.

Data pekerjaan secara keseluruhan akan mengekalkan keyakinan dalam ekonomi di masa hadapan dan juga fleksibiliti dalam pasaran buruh memberi impak positif kepada lonjakan jumlah pekerjaan di UK.

Manakala pendapatan purata akan terus menjadi perhatian penting di mana ia akan memberi kesan penting kepada inflasi seterusnya jangkaan kadar faedah.

Indeks perubahan gaji meningkat 2.4% pada Mac dari 2.3% sebelum ini yang sejajar dengan jangkaan pasaran.

Dalam konteks ini, terdapat kejatuhan dalam pendapatan benar (real-income) buat kali pertama dalam jangka masa dua tahun. Kini harga pengguna telah meningkat ke paras tertinggi tiga tahun lepas di paras 2.7%. Ini akan menambah kebimbangan di mana kelemahan pendapatan akan memberi kesan negatif kepada perbelanjaan pengguna beberapa bulan lagi.

GBP (Great Britain Pound) naik sedikit selepas data dikeluarkan dengan Gbp/Usd naik sehingga tidak melebihi paras 1.2945.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat