Ke Mana Arah Emas Menjelang Hujung Minggu?

693

Junaman US dolar membantu mengangkat dagangan emas untuk kembali didagangkan lebih tinggi menjelang penghujung minggu.

Pada sesi Asia, logam kuning itu didagangkan kukuh pada $1,980 per auns , dengan niaga hadapan pula meningkat pada $1,997 per auns.

Secara amnya, sentimen positif dalam pasaran yang berterusan masih menyokong aset berisiko untuk meningkat dan safe-haven dilepaskan.

Namun begitu, harga emas meningkat disebabkan sokongan daripada nilai US dolar yang lebih lemah.

Bagaimanapun, pelabur tetap berwaspada dengan volatiliti dalam pasaran yang mungkin terjadi menjelang akhir dagangan untuk minggu ini, bulan Mac dan suku pertama 2023.

Emas telah melonjak sekitar 8.5% pada bulan Mac, ekoran kegagalan Silicon Valley Bank (SVB) dan Signature Bank awal bulan ini yang mendorong pelabur mendapatkan safe-haven.

Namun, dengan kebimbangan yang semakin mereda harga emas mengurangkan keuntungannya dan berundur dari paras $2,009 per auns, tertinggi 1 tahun.

Pelabur kini memberi tumpuan kepada terbitan data perbelanjaan peribadi pengguna (PCE) pada sesi New York yang akan menjadi petunjuk seterusnya kepada tahap inflasi di Amerika Syarikat.

Terdahulu, bacaan akhir keluaran dalam negara kasar (KDNK) AS menunjukkan ekonomi berkembang 2.6% pada suku keempat 2022, sedikit tersasar daripada jangkaan.

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat