Kebimbangan Kian Pudar, Ekuiti Kembali Pulih

137

Sentimen kebimbangan yang menguasai pelabur pada awal minggu dilihat memulih dengan beberapa faktor utama mendorong pasaran ekuiti Amerika Syarikat (AS) kembali merali.

Bacaan data perkhidmatan PMI AS tinjauan ISM yang melepasi unjuran, diapit peningkatan dalam pesanan kilang memberi gambaran bahawa ekonomi semasa mampu menyerap tekanan dasar monetari Federal Reserve (Fed) yang hawkish.

Selain itu, laporan korporat diluar jangkaan penganalisis dan keredaan kriris geopolitik AS-China meningkatkan selera risk-on pelabur.

Rentetan itu, indeks-indeks utama Wall Street ditutup pada nota positif dengan teknologi Nasdaq capai paras tertinggi 3 bulan.

Dow Jones Industrial naik 1.29% pada 32,812.5, S&P 500 capai 1.56% pada 4,155.17 dan Nasdaq Composite tambah 2.59% pada 12,668.16.

Ekuiti di rantau Eropah juga ditutup tinggi dengan indeks STOXX 600 naik 0.51% dan tolok MSCI saham seluruh dunia capai 1.01%.

Saham pasaran pesat membangun pula mencanak 0.28% sementara indeks meluas MSCI saham Asia Pasifik luar Jepun ditutup 0.27% dan Nikkei Jepun lonjak 0.53%.

Aliran mata wang memperlihatkan indeks dolar naik 0.13% dengan Euro lonjak 0.04% pada $1.0168 sementara Yen Jepun lemah 0.55% pada $133.90 manakala Sterling diniagakan turun 0.22% pada $1.2145.

Sementara itu, hasil Perbendaharaan AS mencanak ke paras tertinggi 2 minggu hasil dorongan data yang kukuh daripada jangkaan.

Penanda aras nota 10 tahun naik 11/32 dalam harga kepada hasil 2.7028% dari 2.741% dan bon 30 tahun canak 24/32 dalam harga kepada hasil 2.9461% dari 2.984%.

Bagi komoditi, harga minyak menyusut dengan laporan Pentadbiran Maklumat Tenaga AS memperlihatkan lambakan stok daripada jangkaan selepas OPEC+ meningkatkan pengeluaran.

Minyak mentah AS jatuh 3.98% pada $90.66 sementara minyak Brent turun 3.74% pada $96.78.

Emas turut meningkat dengan spot raih 0.3% pada $1,765.06 per auns namun safe-haven logam tertahan ekoran peningkatan hasil perbendaharaan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat