Ketegangan Mereda, Mata wang Utama Sudah Mula Menghijau

217

Ketegangan semakin mereda mendorong dagagan dolar greenback sedikit menyusut pada sesi Asia sekali gus mendorong kebanyakan mata wang utama lain untuk meningkat semula.

Raja mata wang itu sebelum ini menguat susulan data perkhidmatan Amerika Syarikat yang memberangsangkan dengan meningkat sebanyak 56.7 pada bulan Julai daripada 55.3 yang dicatatkan sebelumnya dan juga melebihi jangkaan untuk meningkat hanya 53.5.

Ketika penulisan, indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding enam mata wang utama diperdagangkan sedikit susut pada sekitar harga 106.30.

Bagaimanapun, pergerakan US dolar keseluruhannya dilihat mendatar memandangkan pelabur kini menantikan penerbitan data pekerjaan NFP AS yang akan diterbitkan pada Jumaat.

Pelabur turut menumpukan perhatian kepada mesyuarat polisi Bank of England (BOE) yang akan berlangsung pada hari ini dengan jangkaan kenaikan 50 mata asas setelah beberapa isyarat diberikan Gabenor Andrew Bailey baru-baru ini.

Menjelang keputusan BOE, mata wang pound didagangkan stabil pada sekitar harga 1.2000 berbanding US dolar.

Walaupun naikkan kadar faedah, bank pusat itu mungkin akan memberi isyarat untuk memperlahankan pengetatan seperti mana yang dibuat oleh Federal Reserve dan Reserve Bank of Australia.

Kebimbangan pelabur terhadap ketegangan AS-China dilihat mula mereda selepas Speaker Dewan Rakyat Nancy Pelosi selamat meninggalkan Taiwan tanpa sebarang insiden berlaku.

China bagaimanapun masih meningkatkan ancamannya dengan merancang untuk menjalankan latihan ketenteraan berskala besar di sekitar Taiwan.

Dolar Aussie dan New Zealand kembali bangkit daripada kejatuhan ketara yang dicatatkan sebelum ini, memperlihatkan kedua-dua mata wang diniagakan positif pada sesi Asia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat