Kejatuhan Harga Tembaga Beri Isyarat Lemah Terhadap Ekonomi – Penganalisis

1,525

Kejatuhan harga tembaga menunjukkan bahawa pelabur negatif terhadap prospek ekonomi, menurut pakar strategi komoditi di ANZ bank.

Hal ini kerana, tembaga dilihat sebagai penunjuk utama kesihatan ekonomi berikutan penggunaannya dalam banyak sektor.

Pada masa ini, harga jatuh walaupun terdapat sedikit tanda permintaan menurun secara mendadak atau bekalan meningkat.

Namun di China, dapat dilihat bahawa terdapat tanda-tanda tentang gambaran permintaan itu bertambah baik ekoran pelonggaran sekatan Covid-19.

Meskipun begitu, pelabur telah mengambil pandangan bahawa pengetatan dasar monetari akan membawa kepada pertumbuhan yang lebih rendah dan dicerminkan dalam harga tembaga.

Dalam perkembangan terbaharu, harga tembaga mencatatkan kejatuhan suku tahunan terbesar sejak 2011 pada suku kedua tahun ini.

Pada hakikatnya, penganalisis mengakui bahawa prestasi pasaran tembaga bergantung pada bagaimana sentimen global berubah apabila Federal Reserve (Fed) menaikkan kadar faedah.

Bagaimanapun, pasaran juga mungkin terus dibelenggu oleh isu bekalan yang ketat dan langkah rangsangan fiskal di China dalam tempoh enam hingga 12 bulan akan datang bakal meningkatkan permintaan.

China akan menerbitkan data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada Jumaat yang dijangka akan menyaksikan pengembangan sebanyak 1.2% pada suku kedua 2022.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat