Kejatuhan Ini Tanda Bermulanya Kemelesetan Di UK

434

Ekonomi UK mengalami penguncupan pada suku ketiga, menandakan permulaan kepada jangkaan Bank of England (BOE) mengenai kemelesetan yang berlarutan.

Data terbaharu daripada Pejabat Perangkaan Nasional (ONS) melihatkan keluaran dalam negara kasar (KDNK) jatuh 0.2% pada suku ketiga, menurun daripada pertumbuhan 0.2% pada suku sebelumnya tetapi lebih baik daripada jangkaan untuk susut 0.5%.

Ini menjadikan UK sebagai satu-satunya ekonomi G7 yang masih belum pulih sepenuhnya daripada Covid-19 dengan pengeluaran 0.4% di bawah paras pra-pandemik.

Malah, pada bulan September sahaja KDNK menurun 0.6% rentetan cuti umum tambahan untuk tempoh berkabung dan pengebumian Ratu Elizabeth II yang menyaksikan kejatuhan dalam perbelanjaan pengguna dan pelaburan perniagaan.

Isi rumah dan perniagaan kini berdepan risiko untuk dua tahun yang suram ketika BOE dan kerajaan berusaha menangani inflasi dengan mengetatkan dasar pada masa sama.

BOE, yang telah meningkatkan kadar faedah sebanyak lapan kali sejak Disember berkata kemelesetan adalah impak yang perlu ditanggung untuk mengawal inflasi.

Bank pusat itu meramalkan kemerosotan ini akan menjadi paling lama sejak Great Depression pada awal 1930-an.

Sementara itu, Perdana Menteri Rishi Sunak sedang bersiap sedia untuk mengumumkan kenaikan cukai dan pemotongan perbelanjaan pada minggu depan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat