Kenaikan USD Cerminkan Kegelisahan Pelabur?

614

Tekanan semakin meningkat ketika tumpuan pasaran kini terarah kepada data inflasi AS yang akan keluar pada malam ini.

Indeks harga pengeluar (PPI) China yang meningkat dengan ketara pada bulan April, secara tidak langsung mencetuskan kebimbangan pasaran terhadap tekanan kenaikan inflasi di AS.

Federal Reserve (Fed) AS telah mengekalkan dasar monetari yang sangat longgar dan menjelaskan bahawa tahap inflasi yang lebih tinggi mungkin bersifat sementara dan tidak akan mengubah dasar semasanya.

Walaupun begitu, jangkaan kenaikan inflasi pada bulan April telah meningkatkan tekanan buat pasaran saham AS untuk terus didagangkan di lautan merah dan ini memberi peluang kepada dolar greenback menokok.

Indeks Dow Jones Industrial Average turun lebih dari 1%, dan NASDAQ pula kerugian 2%, menjadikannya penurunan terbesar satu hari sejak bulan Februari.

Pada sesi Asia, indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding enam matawang utama lain, sedikit meningkat 90.27. Walaupun meningkat, matawang itu kekal didagangkan di sekitar paras terendah 10 minggu.

Kenaikan dolar greenback turut menyusuli peningkatan lebih tinggi dalam hasil perbendaharaan AS 10 tahun yang kembali meningkat pada tahap 1.625%.

Sementara itu, euro sedikit susut selepas melonjak ke paras ketinggian terbaru 3 bulan susulan penerbitan data positif dari Zon Eropah yang menunjukkan tinjauan ZEW ekonomi Eropah meningkat mendadak pada bulan Mei.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat