Kerajaan Pertimbang Terbitkan Satu Lagi Bon Samurai

510

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, dalam satu kenyataannya di Persidangan Pelancongan Dunia 2019 menyatakan bahawa Malaysia sedang mempertimbangkan atau mengkaji satu lagi tawaran bon Samurai dari Jepun.

Malaysia sedang menjalankan kajian kaedah bagaimana bon Samurai akan digunakan bagi membantu menangani masalah kewangan negara disebabkan Jepun menawarkan pinjaman yang murah dan lebih rendah.

Berdasarkan kenyataan yang pernah dikeluarkan pada Mac, bahawa sekiranya ditawarkan kadar yang sama dengan 0.63% setahun seperti yang diperoleh dalam terbitan awal bon Samurai 200 bilion yen (RM8 bilion), kerajaan bersedia mempertimbangkan kemungkinan untuk menerbitkan lagi bon Samurai.

Terdahulu, bon Samurai pertama berhasil diterbitkan pada Mac dengan lebihan langganan 1.6 kali pada 324.7 bilion yen daripada 200 bilion yen yang ditawarkan. Bon Samurai merupakan bon demoninasi yen yang diterbitkan di Tokyo dengan peraturan ditetapkan oleh Jepun.

Bagi penerbitan awal bon Samurai, tiga bank dilantik sebagai pengatur bersama untuk penerbitan bon iaitu HSBC Bank Malaysia Bhd, Mizuho Bank (Malaysia) Bhd dan Daiwa Markets Limited.

Penerbitan bon tersebut dijamin oleh Japan Bank for International Cooperation dengan tempoh matang 10 tahun serta kos keseluruhan kepada kerajaan sebanyak 0.63% setahun.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat