Ketahui Apa Yang Berlaku Dalam Pasaran Sesi Eropah

297

Greenback mendaki tinggi pada awal sesi Eropah, ketika pasaran kembali tenggelam dalam sentimen berisiko pada Selasa dengan membawa dagangan kebanyakan matawang utama lebih rendah.

Safe-haven US dolar meraih keuntungan daripada pasaran yang berhati-hati selepas menyaksikan bacaan data pembuatan AS yang kurang memberangsangkan.

Pengerusi Federal Reserve (Fed), Jerome Powell mengatakan pemulihan yang dilihat sekarang tidak rata dan menekankan bahawa orang yang berpendapatan rendah masih bergelut untuk kembali bekerja.

Sementara, Pengerusi Fed New York, John Williams juga menyokong kenyataan Powell dengan menyatakan bahawa ekonomi AS masih jauh lagi dari pemulihan sepenuhnya dan tidak cukup untuk mendorong mereka mengubah dasar semasa.

Dari sisi positif, Kesatuan Eropah (EU) merancang untuk mengangkat langkah sekatan ke atas pelancong yang telah divaksin menjelang musim panas akan datang bagi menarik semula lebih banyak pelancong.

Selain itu, AS juga akan mula melonggarkan beberapa sekatan di New York, New Jersey dan Connecticut dan membuka semula aktiviti perniagaan.

Berbanding sekumpulan matawang utama, indeks dolar diniagakan lebih tinggi di sekitar harga 91.30.

Kebangkitan dolar greenback turut mengheret dagangan matawang euro lebih rendah, menghapuskan keuntungan yang diraih pada awal minggu dan terus bergelut di atas harga 1.2000.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat