Krisis Kebuluran Dunia Makin Parah! Angka Meningkat 828 Juta Pada 2021

220

‘Dengan tekanan inflasi makanan dilihat memuncak, krisis kebuluran dijangka bertambah keruh tahun ini.’

Jumlah bilangan yang terkesan dengan krisis kebuluran global meningkat kepada 828 juta semasa 2021, peningkatan mendadak sejak tahun 2020.

Perkara ini secara tidak langsung mengisyaratkan bahawa matlamat untuk menamatkan kebuluran, ketidakamanan makanan (food insecurity) dan isu kekurangan zat makanan (malnutrition) menjelang 2030 masih belum tercapai.

Memetik laporan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), angka tersebut mencatat peningkatan kira-kira 46 juta berbanding 2020 dan 150 juta sejak penyebaran wabak Covid-19.

Laporan State of Food Security and Nutrition in the World (SOFI) edisi 2022 yang diterbitkan 6 Julai, membentangkan kemaskini mengenai keadaan bekalan makanan termasuk anggaran terkini kos dan kemampuan pemakanan yang sihat.

Ia juga turut melaporkan cara kerajaan menggunakan sokongan kepada pertanian untuk mengurangkan kos diet sihat, selain mengambil kira sumber asli terhad yang terdapat di kebanyakan bahagian dunia.

Menyingkap isi laporan tersebut keadaan kebuluran dilihat tidak berubah sejak 2015, malah situasi bertambah buruk pada 2020 dengan lonjakan 9.3% dan meningkat 9.8% pada 2021.

Selain itu, lebih kurang 2.3 bilion penduduk dunia atau 29.3% mengalami ketidakamanan makanan tahap sederhana iaitu penambahan 350 juta orang jika dibandingkan sebelum Covid-19.

Bilangan yang mengalami ketidakamanan makanan tahap teruk pula meningkat 924 juta orang atau merangkumi 11.7% populasi, peningkatan 207 juta dalam tempoh 2 tahun.

Sementara itu, jurang jantina dalam food insecurity turut meningkat pada 2021 dengan wanita sebanyak 31.9% sementara lelaki 27.6%.

Turut disebut dalam laporan tersebut, angka individu yang tidak mampu menjalani diet sihat meningkat kepada 3.1 bilion pada 2020 yang juga mencerminkan kesan inflasi dalam harga makanan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat