Kurang Ilmu dan Nak Cepat Kaya, Punca Ramai Trader “Tersontot”

202

Tahun 2015, saya rasa agak tough bagi yang terjebak dengan skim2 money game emas dan skim MLM forex, fund sana sini dan sebagainya. Sebab nama-nama gah dalam skim2 dah banyak “tersontot” habis. Ramai yang rugi ribu dan puluh ribu ringgit. Perkataan “tersontot” pun dah makin popular sekarang. Ada rakan saya PM, ‘kuda terbang’ pun dah sangkut. “Baik trade Gold guna MT4,” dia cakap.

MT4? Dengan MT4 pun, ramai yang PM saya modal ”tersontot” dalam satu malam saja sebab kira nak full margin. Ada yang 5k-10k habis macam tu saja.Semuanya bukan sebab apa, kes sebab nak cepat kaya. Apa2 yang “tersontot” byk sebab emosi. Kurang ilmu dan nak cepat kaya.

Kita kadang2 kena jadi trader yang sayangkan duit. Biar untung sikit, tapi jangan rugi. Sahabat Nabi yang Jutawan, Abdul Rahman Bin Auf R.A berkata “Aku merasa cukup dengan untung yang sedikit”. Jutawan pun rasa cukup dengan untung yang sedikit, kerana apa? Kerana ia tahu bila yang perlu untung banyak, bila pula perlu untung sedikit. Semuanya dengan ilmu. Kadang-kadang profit dah running tiba-tiba floating negatif. Kenapa biarkan running dan kenapa floating negatif balik? Cuba kita tanya diri, semua disebabkan kita tidak tahu apa yang kita tunggu. Kenapa kita optimis untuk capai TP tertentu ?

Ada masa kita perlu optimis dengan Take Profit level kita. Ada masa kita hanya perlu close bila dah nampak hijau, 10 pip lagi nak TP. Ada masa, bila fundamental sudah tidak berpihak kepada kita, kita perlu menjadi orang yang paling awal keluar dari pasaran membawa keuntungan.

Buat yang baru nak mencuba forex saya pesan, supaya bersabarlah. Mantapkan ilmu. Jangan ingat cepat nak kaya. Ramai yang ada pengalaman menjadi trader yang base on luck. Seminggu direct, dia untung. Kita pun nak jadi macam tu. Tetapi lepas itu, seminggu direct dia floating dan terus Margin Call dan Stop Out. Kita pun mungkin ikut dia Stop Out sebab kita layer sebab tak tahan tengok profit rakan. Jika masih macam tu, ingat itu adalah cara yang salah.

Buat yang tersontot dalam program atau skim, Dont quit. Get up and keep moving forward. Itu adalah sebuah pengalaman yang dapat berikan kesan terbaik agar kita tetapkan emosi kita, dapatkan ilmu yang betul dan kekal sabar dalam mencapai apa jua yang kita inginkan.

Focus, take your time and keep reading my blog 😀

troll-ponzi-scheme-forex

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat