Laluan Berliku Menanti, Komen Fed Ini Buatkan Pelabur Bercampur

109

Komen 2 pegawai Federal Reserve (Fed) yang bercampur membuatkan ekuiti global ditutup rendah dengan pelabur cuba mencerna prospek kenaikan kadar faedah di Amerika Syarikat (AS).

Gabenor Fed, Christopher Waller pada Ahad mengeluarkan kenyataan bernada hawkish dengan bank pusat tersebut dijangka tidak rancang ‘memperlahankan’ dasar pengetatan berdasarkan ‘satu berita baik’ sahaja.

Berita baik tersebut tentunya merujuk kepada data inflasi AS yang menyusut minggu lepas, pemangkin utama kepada lonjakan ekuiti dan menolak jatuh greenback.

Namun, komen susulan Naib Pengerusi Fed, Lael Brainard pada Isnin pula bernada dovish dengan pegawai Fed itu mengatakan bank pusat tersebut diramal memperlahankan kenaikan kadar tidak lama lagi tetapi bersyarat.

Ulas ketua pelaburan North Star Investment Management Corp, Eric Kuby bahawa input-input bercampur ini menggusarkan sedikit keyakinan pelabur namun cenderung ke arah lebih negatif menjelang terbitan data indeks harga pengeluar AS.

Ekoran itu, indeks Dow Jones Industrial jatuh 0.63% pada 33,536.7 sementara S&P 500 hilang 0.89% pada 3,957.25 dan Nasdaq Composite turun 1.12% pada 11,196.22.

Indeks STOXX 600 ditutup tinggi 0.14% dan tolok MSCI saham global susut 0.59%.

Situasi di Asia menyaksikan saham di Jepun susut ekoran penguncupan ekonomi negara ‘matahari terbit’ tersebut pada suku ke-3 termasuk S&P/ASX 200 Australia sementara Kospi Korea Selatan naik 0.15%.

Dalam pada itu, hasil Perbendaharaan AS memperlihatkan sedikit pergerakan positif apabila nota 10 tahun naik 4.2 mata pada 3.871% dari 3.829% dan hasil 2 tahun lonjak 8 mata pada 4.406% dari 4.326%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat