Lebih 100 Individu Kerabat Diraja Arab Saudi Dijangkiti COVID-19!

505

Terkini, Arab Saudi telah mencatatkan sebanyak 2,659 kes COVID-19 dengan jumlah kematian 12. Namun, apa yang lebih mengejutkan ialah kira-kira 150 kerabat diraja Arab Saudi didakwa telah dijangkiti wabak merbahaya berkenaan. Tambahan daripada itu, salah seorang putera Arab Saudi yang merupakan gabenor Riyadh, Putera Faisal Bandar Abdulaziz Al-Saud telah dimasukkan ke unit rawatan rapi.

Menurut sebuah laporan, pakar perubatan di salah sebuah hospital elit yang ditugaskan untuk merawat keluarga tersebut mendedahkan bahawa pihak hospital telah menyediakan hamper 500 buah katil bagi menempatkan ahli keluarga serta kontak rapat dengan mangsa.

Selain itu, hospital itu turut mengemukakan pekeliling agar sentiasa bersedia untuk sebarang kemungkinan. Di samping itu, mereka diminta untuk hanya menerima kes tertentu sahaja bahkan pesakit tidak kronik perlu dikeluarkan dalam tempoh segera kerana ruangan hospital diutamakan bagi kes VIP berkenaan.

Sementara itu, Raja Salman dan Putera Mahkota Mohammed Salman kini menjalani kuarantin bagi memutuskan rangkaian penularan wabak itu.

Hakikatnya, pakar perubatan mempercayai bahawa jangkitan tersebut berpunca daripada ahli keluarga diraja itu sendiri kerana kerap berulang-alik ke Eropah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat