Leganya! Kini Ethereum (ETH) Catat Harga Di Paras Lebih $2,400!

604

Ethereum (ETH) menunjukkan kebangkitannya pada Ahad selepas susut mendadak ekoran daripada prestasi Bitcoin (BTC) yang kurang membanggakan sejak kebelakangan ini.

ETH pernah didagangkan pada harga tertinggi sepanjang masa (ATH), $2,641 pada 22 April sebelum susut ke paras terendah, $2,132 pada hari berikutnya.

Kini, ketika penulisan Ethereum mencatat nilai pada $2,440, meningkat lebih 9% dalam 24 jam dan meningkat lebih 47% dalam April.

Nampaknya pergerakan psotif ini didorong oleh harga gas di rangkaian Ethereum yang sudah kembali ke paras normal. Standard bagi harga gas ialah antara 45 hingga 50 gwei.

Berdasarkan rekod, sebelum ini harga gas rata-rata mencatatkan nilai $37, paling tertinggi sejak Februari 2021. Namun, metrik terkini menunjukkan harga terendah pada $10.22 per transaksi.

Pengasas bersama Ethhub, Anthony Sassano mendedahkan pengurangan harga gas mungkin disebabkan oleh empat faktor ini:

  • Saiz blok yang meningkat 20%
  • Pasaran kripto yang semakin reda
  • Pengaplikasian penyelesaian second-layer
  • Penerapan Flashbots – Flashbots adalah organisasi yang mencipta alat untuk mengurangkan dan mempertingkatkan pertahanan Miner Extractable Value (MEV)

Menurut pelabur Spencer Noon, Flashbots berpotensi untuk menjadi tunjang belakang bagi pasaran kos ETH yang baharu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat