Lepas Rakyat Mengamuk, China Akur Longgarkan Peraturan Covid

513

China bersedia untuk mengumumkan pelonggaran peraturan kuarantin Covid-19 dan pengurangan dalam ujian besar-besaran tidak lama lagi.

Perubahan drastik itu adalah rentetan daripada bantahan rakyat yang meluas di seluruh negara baru-baru ini akibat tidak tahan dengan sekatan ketatnya.

Walaupun kes di seluruh negara masih menghampiri rekod tertinggi tetapi perubahan itu tetap berlaku apabila beberapa bandar telah menarik balik sekatan mereka.

Langkah-langkah yang akan didedahkan termasuk pengurangan pelaksanaan ujian besar-besaran serta keperluan kuarantin untuk kes positif dan kontak rapat dalam keadaan tertentu.

Ini jauh berbeza daripada peraturan awal yang mencetuskan kemarahan orang ramai apabila seluruh komuniti dikurung sehingga berminggu-minggu walaupun hanya terdapat satu kes positif.

Kekecewaan rakyat memuncak minggu lalu dalam demonstrasi penetangan awam yang tidak pernah berlaku di tanah besar itu sejak Presiden Xi Jinping mengambil alih kuasa pada 2012.

Antara bandar yang telah mula melonggarkan sekatan adalah Guangzhou, Chongqing dan Zhengzhou.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat