Lima Perkara Anda Perlu Tahu Dalam Pasaran Global Hari Ini

43

Ini perkara-perkara yang anda perlu tahu dalam sesi awal pasaran Eropah sehingga pembukaan pasaran New York malam ini. Antara yang menarik hari ini ialah:

1) Ekonomi China berkembang pantas lebih daripada jangkaan pada suku kedua tahun 2017 disokong oleh sektor tradisi ekonomi kedua terbesar dunia ini. Keluaran Dalam Negara Kasar, KDNK (GDP) berkembang 6.9% pada suku kedua tidak berubah daripada suku pertama. Jangkaan bagi data kali ini ialah kenaikan 6.8%.

Data-data semasa menunjukkan pertumbuhan pantas oleh enjin pertumbuhan ekonomi dunia ini seterusnya memperlihatkan pemulihan pantas dalam ekonomi global.

2) Pasaran saham global berada di sekitar paras tertinggi dua tahun lalu selepas data ekonomi China yang meyakinkan pelabur dan juga jangkaan terhadap rangsangan The Fed yang akan dikekalkan lebih lama. Pasaran saham Asia mencapai paras tertinggi dua tahun dengan pasaran saham Eropah dibuka positif hari ini.

3) US dolar sedikit memulih dari kejatuhan ke paras terendah 10 bulan lalu apabila pasaran menjangka kenaikan kadar yang lebih beransur-ansur apabila data inflasi minggu lalu meleset dari jangkaan.

Kini hasil-bon 10 tahun US jatuh ke paras 2.31% selepas mencapai paras tertinggi 2.39% awal bulan ini. Ketika ini pasaran hadapan menunjukkan potensi kenaikan kadar The Fed pada Disember jatuh di bawah 40% daripada 50% minggu lalu.

4) Harga cryptocurrency seperti Bitcoin dan Etherium naik semula selepas jatuh mendadak minggu lalu.  Bitcoin pada Isnin naik sehingga 7.12% setakat pukul 6.42 pm. Bitcoin jatuh sehingga 13% pada Ahad kepada $1,758.20 paras yang kali terakhir dilihat pada 16 Mei.

Etherium pula telah merekod kenaikan 17.57% setakat ini selepas jatuh 20% pada Ahad kepada $130.26.

5) UK dan EU memperbaharui rundingan Brexit hari ini selepas rundingan pertama bulan lalu telah menetapkan perkara-perkara yang perlu dibincangkan. Dalam rundingan pusingan kedua hanya akan berkisar tentang hak kerakyatan, sempadan geografi Ireland dan juga pembayaran Brexit.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat