Lupakan USD, Rusia Siap-siap Nak Beli Yuan China

586

Rusia akan mula membuat pembelian yuan China di pasaran mata wang pada 2023 jika hasil minyak dan gas negara itu menepati jangkaan.

Ini secara tidak langsung meningkatkan lagi potensi Moscow untuk mengurangkan pergantungannya kepada dolar AS dan pasaran kewangan Barat.

Sekatan Barat ke atas Rusia telah menyebabkan akses dan penggunaan terhadap dolar dan euro tersekat, mendorong Moscow beralih ke mata wang China untuk urusan pembayaran antarabangsa.

Impaknya, jumlah dagangan harian yuan-ruble di Moscow Exchange dilihat melebihi dagangan dolar-ruble dalam beberapa hari, menurut laporan Reuters yang memetik data daripada Refinitiv.

Pada Februari, Rusia berhenti campur tangan dalam pasaran mata wang selepas penggunaan rizab pertukaran asingnya dihadkan oleh sekatan Barat.

Dua sumber yang tidak mahu dikenali memberitahu Reuters bahawa campur tangan akan disambung semula tahun depan dalam yuan selagi pendapatan daripada eksport minyak dan gas melebihi 8 trilion ruble seperti yang ditetapkan dalam rancangan bajet.

Dalam pada itu, bahagian yuan dalam pasaran mata wang Rusia telah melonjak sebanyak 45%, meningkat daripada kurang daripada 1% pada awal tahun, Moscow Exchange memberitahu Reuters bulan lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat