Malaysia Catat Kerugian Berbilion Ringgit Setiap Hari Sepanjang PKP!

815

Sebelum ini, pihak kerajaan telah mengumumkan pembukaan semula sektor ekonomi yang bermula pada hari ini, 4 Mei. Namun begitu, semua rakyat masih perlu untuk mematuhi setiap garis panduan yang diberikan kerana Perintah Kawalan Pergerakan masih belum tamat. Walau bagaimanapun, tindakan kerajaan ini menerima pelbagai respon daripada seluruh lapisan masyarakat yang kebanyakannya meluahkan ketidakpuasan hati. Hal ini demikian kerana Malaysia belum pulih sepenuhnya daripada wabak COVID-19.

Persoalannya, adakah anda tahu bahawa Malaysia telah mencatatkan kerugian berbilion ringgit sepanjang tempoh PKP?

Berdasarkan sebuah kenyataan daripada Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, negara kita mengalami kerugian sebanyak RM2.4 bilion setiap hari. Sejak peringkat awal penguatkuasaan PKP iaitu 18 Mac, negara telah merekodkan kerugian sebanyak RM63 bilion! Jika tempoh perlaksaaan perintah kawalan pergerakan ini dilanjutkan selama sebulan lagi, jumlah kerugian yang akan dialami oleh negara mencecah RM35 bilion sekaligus mencatatkan jumlah keseluruhan kerugian sebanyak RM98 bilion iaitu hampir RM100 bilion!

Meskipun begitu, pihak kerajaan turut sedar akan impak yang bakal dihadapi jika PKP ditamatkan.  Hal ini demikian kerana kebanyakan negara yang bertindak menamatkan perintah berkurung telah mencatatkan peningkatan kes COVID-19 secara mendadak.

Oleh itu, sebuah sesi perbincangan khas telah diadakan ketika Mesyuarat Tindakan Ekonomi, sidang Majlis Keselamatan Negara dan Mesyuarat Jemaah Menteri. Jalan penyelesaian untuk memulihkan ekonomi sekaligus membendung penularan wabak coronavirus menjadi keutamaan pihak kerajaan.

Sehubungan dengan itu, hampir semua aktiviti ekonomi akan dibenarkan beroperasi secara terkawal dan berhati-hati bermula hari ini, 4 Mei dengan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.

Kesimpulannya, semua rakyat Malaysia diingatkan untuk terus mengamalkan langkah-langkap pencegahan wabak seperti penjarakan sosial, memakai topeng muka, serta menitikberatkan aspek kebersihan dengan kerap membasuh tangan serta sentiasa patuh dengan setiap arahan daripada kerajaan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat