Marah Betul AS Dengan UK!

644

Setiausaha Negara AS Mike Pompeo pada hari Rabu mengatakan bahawa Amerika Syarikat amat kecewa dengan tindakan bank Britain, HSBC berikutan dengan laporan yang dikemukakan serta melibatkan akaun tertentu yang berkaitan dengan Hong Kong, termasuk yang berkaitan dengan penerbit pro-demokrasi Next Media, dan mendakwa bahawa China sedang membuli United Kingdom.

Menurut Pompeo, laporan tersebut mendedahkan mengenai eksekutif yang berpangkalan di Hong Kong di Next Media tidak dapat mengakses akaun bank HSBC mereka dan mengatakan bahawa bank itu menyimpan akaun tersebut khusus buat untuk individu yang menentang kebebasan di Hong Kong, serta  menutup akaun bagi mereka yang menyokong kebebasan.

Walau bagaimanapun, perwakilan bank yang berpusat di London itu tidak mahu mengulas lanjut berhubung isu berkenaan.

Sebelum ini, Washington telah mengkritik tindakan keras Beijing terhadap pembangkang pro-demokrasi di kota yang sekarang diperintah China berikutan undang-undang keselamatan baru yang dikuatkuasakan di Hong Kong pada 30 Jun serta turut dikecam secara meluas oleh negara-negara Barat.

Sementara itu, hartawan media Hong Kong, Jimmy Lai, seorang aktivis demokrasi terkemuka dan eksekutif tertinggi di Next Digital telah ditangkap pada 10 Ogos di bawah undang-undang baru itu, yang seterusnya menimbulkan kebimbangan mengenai media dan kebebasan lain yang dijanjikan kepada Hong Kong ketika kembali kepada pemerintahan China pada tahun 1997.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat