Mark Zuckerberg Bakal Jadi Presiden Amerika Syarikat?

1,492

Dalam sebuah kenyataan, Presiden Donald Trump berkata beliau tidak akan menghalang jika CEO Facebook, Mark Zuckerberg untuk mengetuai White House. Selain itu, beliau menyatakan bahawa ada mendengar desas-desus berkenaan Mark yang ingin menjadi presiden, tetapi ia bukanlah satu perkara yang menjadi ancaman kepadanya.

Tambahan daripada itu, Donald Trump turut mendakwa ianya adalah suatu perkara yang mustahil kerana Facebook berhadapan dengan pelbagai isu anti-trust yang melibatkan kerajaan dan penyiasat negara.

Pada tahun 2017, terdapat spekulasi yang tersebar, mendedahkan bahawa pengasas bersama rangkaian sosial tersebut berminat untuk menawarkan diri dalam sebuah jawatan selepas bekerjasama dengan penyokong demokratik, Joel Bennenson dalam projek dermawannya.

Joel Bennenson merupakan seorang penasihat kepada Presiden Barack Obama dan Hillary Clinton dalam kempen presidennya pada 2016.

Bukan itu sahaja! Mark juga mengupah seorang jurugambar, Charles Ommanney untuk kedua-dua kempen presiden, George W. Bush dan Barack Obama.

Walau bagaimana pun, CEO Facebook itu menafikan dakwaan bahawa beliau mahu menjadi presiden.

Namun, beberapa bulan menjelang pemilihan presiden pada 2020, laman sosial tersebut telah menyekat iklan yang berunsurkan poilitik walaupun iklan tersebut mengandungi maklumat palsu.

Hal ini demikian kerana Facebook mendakwa iklan tersebut akan mengganggu kebebasan bersuara dalam politik bahkan syarikat teknologi yang lain seperti Twitter dan Spotify juga mengambil langkah yang sama.

Berikutan dengan isu berkenaan, Donald Trump tidak ketinggalan memberikan pendapatnya. Presiden Amerika Syarikat itu berkata Mark melakukan pekerjaan yang sepatutnya dilakukan.

Di samping itu, Facebook telah berusaha untuk mendapatkan semula kepercayaan para pengguna selepas skandal penyalahgunaan data Cambridge Analytica pada tahun 2018, yang mendedahkan bahawa Rusia menggunakan Facebook untuk cuba mempengaruhi pilihan raya presiden 2016. Susulan itu, syarikat media sosial gergasi tersebut telah menyelaraskan semula sistem operasinya.

Akan tetapi, terdapat segelintir individu masih ragu-ragu dan bimbang bahawa ianya akan digunakan untuk taktik yang sama.

Jadi, apa pendapat anda jika Mark Zuckerberg yang menjadi Presiden Amerika Syarikat?

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat