Matawang Euro, Pound Intai Peluang Untuk Naik Tinggi Lagi!

525

Pound sterling didagangkan mendatar berikutan pelabur yang mengambil langkah berhati-hati ketika menanti perkembangan terbaru dalam rundingan perdagangan UK dan Kesatuan Eropah (EU).

Ketidakpastian dalam perbincangan untuk mencapai perjanjian semakin pudar selepas Perdana Menteri UK Boris Johnson mengatakan tiada gunanya lagi bagi meneruskan rundingan dengan EU kecuali ia bersedia untuk berkompromi dalam isu-isu utama.

Bagaimanapun, perbincangan antara kedua-dua pihak masih diteruskan pada minggu ini walaupun PM Johnson mengeluarkan kenyataan sedemikian.

Pergerakan harga juga menunjukkan bahawa pelabur lebih cenderung ke arah senario bahawa kedua-dua pihak akan mencapai kesepakatan seperti mana yang berlaku pada tahun lepas dalam perjanjian pengunduran Brexit.

Sementara itu, dagangan euro cuba untuk meningkat lebih tinggi lagi ketika optimisme terhadap pakej rangsangan fiskal AS telah menjejaskan permintaan terhadap matawang US dolar.

Pasaran kini menumpukan perhatian kepada sebarang perkembangan dalam rundingan antara Speaker Dewan Perwakilan Nancy Pelosi dan Setiausaha Perbendaharaan Steven Mnuchin menjelang berakhirnya tempoh yang diberikan Pelosi.

Pelosi telah memberi masa kepada White House sehingga hari Selasa untuk mereka memutuskan sama ada perjanjian dapat dicapai sebelum pemilihan presiden pada November.

Pada awal sesi dagangan Eropah, euro meningkat 0.14% dan diniagakan di sekitar harga 1.17870 berbanding US dolar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat