Tiada Harapan! India Benar-Benar Angkat Kaki Dari China

782

India dan Jepun telah mencapai kata sepakat untuk bekerjasama dalam pembangunan teknologi 5G, Artificial Intelligence (AI), termasuk sektor-sektor berkaitan dengan infrastruktur maklumat.

Rundingan itu diputuskan sehari selepas pertemuan Quadrilateral Foreign Minister kali kedua di Tokyo, melibatkan Menteri Luar Negara Australian dan Jepun, Menteri Hal Ehwal Luar Negara India dan Setiausaha Amerika Syarikat (AS).

Pertemuan tersebut bertujuan untuk membincangkan hubungan yang menyeluruh, stabil dan terbuka di dalam wilayah Indo-Pasifik.

Dikatakan Menteri Hal Ehwal Luar India, S Jaishankar dan Menteri Jepun sejawatan dengannya, Toshimitsu Motegi telah membincangkan usaha mengukuhkan pakatan antara dua negara bagi mempromosikan kerjasama dalam pengembangan kapasiti, penyelidikan dan pembangunan, keselamatan dan ketahanan dalam sektor infrastruktur maklumat, 5G, Internet of Things (IoT) dan Artificial Intelligence (AI).

India juga seperti AS, tidak mahu terbabit dengan sebarang infrastruktur dan perkhidmatan 5G dari Huawei ekoran daripada kebimbangan terhadap keselamatan yang menjadi keutamaan AS, United Kingdom (UK), Australia, Taiwan dan beberapa negara lain.

Malah, sejak pertengahan 2020 lagi India sudah mula mencari alternatif bagi perkhidmatan 5G, lagi-lagi apabila perbalahan di sempadan Ladakh mendorong kepada sekatan penggunaan teknologi China seperti aplikasi telefon bimbit di negara itu.

Tidak dinafikan pengembangan teknologi 5G di Jepun sebenarnya dapat menarik lebih banyak sektor teknologi yang berminat dengan 5G terutama sektor perisian dan peralatan di India.

Pertemuan menteri dua negara itu juga membawa kepada perbincangan keselamatan maritim, perdagangan dan pelaburan, sektor pembuatan, perhubungan dan infrastruktur, serta pembaharuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat