Mendiang Baik Orangnya, 2 Boss ‘Meninggalkan’ Syarikat Serentak

492

‘Kena sentiasa berhati-hati, ajal tak kenal masa mahupun tempat atau umur.’

Bekas pengerusi konglomerat India Tata Sons, Cyrus Mistry terlibat dalam kemalangan jalan raya sementara Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Bed Bath & Beyond Inc, Gustavo Arnal terjatuh dari bangunan.

Berita menyedihkan itu dikatakan berlaku pada hari sama cuma di tempat yang berbeza dan kedua-dua individu tersebut disahkan telah meninggal dunia.

Difahamkan Cyrus Mistry yang berusia 54 tahun terlihat dalam kemalangan di Palghar, kira-kira 100 kilometer ke utara Mumbai pada Ahad.

Sebagai rekod, beliau merupakan pengerusi ke-3 Tata Group yang telah ditubuhkan lebih dari 150 tahun lalu yang diwarisi selepas datuknya membeli saham syarikat pada tahun 1930-an.

Kali terakhir beliau menjawat jawatan tersebut adalah pada tahun 2016 sebelum digulingkan ekoran perebutan undang-undang dalam bilik ahli lembaga pengarah.

Pada sisi berbeza, Gustavo Arnal yang berusia 52 tahun pula dikatakan terjatuh dari tingkat 18 bangunan pencakar langit Tribeca New York atau dikenali sebagai menara ‘Jenga’.

Ringkasan mengenai sejarah Arnal, beliau sebelum ini memegang jawatan sebagai CFO jenama komestik Avon di London dan berkhidmat selama 20 tahun dengan Proter & Gamble kemudian menyertai Bed Bath & Beyond pada 2000.

Setakat 16 Ogos, Arnal telah menjual 55,013 saham syarikat tersebut dan pemergian beliau amat dirasai Bed Bath & Beyond memandangkan mereka sedang mengalami krisis dengan penutupan 150 kedai, pembuangan pekerja dan rombakan perniagaan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat