Tiada Mind-Set Ini? Lupakan Forex, Anda Hanya Menambah Masalah Dalam Hidup Anda

223

Tidak dapat dinafikan forex trading adalah pelaburan yang paling berisiko berbanding pasaran lain, lebih-lebih lagi kepada newbie. Kita sering dimomokkan dengan perkara seperti, forex adalah tempat yang paling mudah untuk melipat-gandakan keuntungan.

Memang ada yang berjaya melakukannya, tetapi berapakah kebarangkalian kita boleh mendapat keuntungan seperti ini? Sudah tentu sangat kecil.

Memang betul ramai masta atau otai forex di luar sana menjana keuntungan yang banyak melalui forex, tetapi pernah kah anda bertanya masa-masa sukar yang dilaluinya bertahun-tahun dan mengorbankan wang hingga sampai ke tahap ini?

Semua orang boleh menjana wang dari forex trading jika terus menuntut ilmu dan berusaha tanpa kenal erti penat lelah. Lihat saja pekerjaan yang bergaji tinggi seperti doktor, peguam, jurutera, juruterbang betapa susahnya untuk menjadi seperti mereka yang memerlukan pengorbanan masa belajar bertahun-tahun, wang dan sebagainya sebelum mendapat gaji yang setimpal.

Begitu juga halnya dalam forex trading!

So, tanya diri sendiri, adakah semudah itu kita boleh membuat keuntungan melalui forex trading?

Mulai hari ini, kita perlu berfikir secara logik, forex trading bukanlah tempat untuk kita menjadi kaya sekelip mata. Mind-set inilah yang perlu dibetulkan dan ditanam di dalam hati.

Bagi newbie cuba tanamkan mind-set tahun pertama dalam industri ini adalah tahun untuk mencari sebanyak ilmu yang mungkin, tak kiralah teknikal, fundamental, risk management atau paling penting pengawalan emosi.

Dalam masa yang sama gunakan akaun demo untuk berlatih seterusnya beralih ke akaun real apabila telah yakin. Melalui akaun real pula, deposit sedikit demi sedikit contohnya bermula dengan $10 dan tingkatkan modal mengikut tahap. Hal ini akan banyak membantu kawalan emosi kita sebagai newbie di dalam industri ini.

Akhir sekali, semoga berjaya kepada anda semua.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat