Minit RBA: Kemerosotan Pertumbuhan Suku Ketiga Adalah Sementara

47

Ekonomi Australia pada suku ketiga 2016 semakin perlahan berikutan kesan sementara dan tidak dijangka berterusan sehingga suku keempat, seperti yang dinyatakan oleh bank pusat Australia (Reserve Bank of Australia, RBA) dalam mesyuarat 7 Februari lepas.

Seperti yang dikatakan dalam minit mesyuarat, “Penyusutan pertumbuhan sebanyak 0.5% pada suku ketiga disebabkan oelh faktor-faktor sementara  termasuk cuaca buruk dan bekalan arang”. “Kelemahan ini tidak dijangka terus memberi kesan sehingga Disember dan ramalan bagi perubahan pertumbuhan suku keempat tidak banyak akan berubah”.

Dalam mesyuarat lalu, bank pusat memilih untuk mengekalkan polisi monetari sedia ada dan akan terus menunggu lebih bukti-bukti dalam data pertumbuhan dan inflasi. Untuk rekod, kadar semalaman (overnight rate) dikekalkan di paras 1.5% sejak Ogos 2016.

Polisi pelonggaran yang digunapakai selama ini telah membantu Australia menjadi salah satu negara yang pesat membangun pada separuh pertama 2016. Walaubagaimanapun, keadaan ekonomi pada separuh kedua agak suram dengan penyusutan pertumbuhan pada suku ketiga yang pertama sejak lima tahun lepas.

Bank pusat (RBA) mengekalkan pendirian bahawa ekonomi akan bertumbuh sebanyak 3% secara tahunan dalam beberapa tahun akan datang dengan inflasi akan kembali ke sekitar 2% secara berperingkat.

Walaupun tidak ramai yang menjangka RBA akan mengubah kadar dalam masa terdekat, ada beberapa penganalisis membuat spekulasi bahawa RBA akan menurunkan kadar dahulu sebelum menaikkannya semula.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat