Menyalak Di Bulan! Dogecoin Beri Reaksi Lepas Kata-Kata Elon Musk!

257

Memecoin popular Dogecoin (DOGE) menyaksikan sedikit lonjakan harga pada hujung minggu semasa jutawan Elon Musk, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla mengembalikan semula ungkapan ‘DOGE To The Moon’ di Twitter.

Beliau telah memulakan dengan ungkapan tersebut dalam ucapannya di Twitter space pada Sabtu yang dihoskan oleh Mario Nawfal, pengasas International Blockchain Consulting Group.

Selain berkenaan daripada DOGE, Musk juga meluahkan pandangannya berkaitan keselamatan aset mata wang kripto serta Sam Bankman-Fried, pengasas FTX yang menunjukkan minat untuk memperoleh pegangan Twitter.

Hal ini berikutan kerana Bankman-Fried berhasrat untuk melabur dalam platform media sosial tersebut tetapi beliau menunjukkan gerak geri yang kurang menyenangkan.

Rentetan itu, Musk mengeluarkan kenyataan seperti “If it’s not your key it’s not your wallet” dan menyebut bahawa beliau telah bekerja keras untuk membangunkan DOGE.

Diperjelaskan juga bahawa harga DOGE menyaksikan momentum positif selepas Musk mengambil alih Twitter dan bertindak memberi sokongan penuh terhadap memecoin tersebut.

Namun begitu, pasaran kripto yang mengalami kejatuhan drastik pada awal minggu telah memberi impak negatif kepada seluruh aset digital termasuklah DOGE yang menyusut sebanyak 28.51% dalam tempoh 7 hari lalu.

Dalam pada itu, para pelabur meluahkan keterujaannya ekoran Musk berkemungkinan besar akan mengintegrasikan DOGE ke Twitter selepas menyaksikan beliau bertindak memakaikan baju-t Twitter pada anjing peliharaan Shiba Inu semasa perayaan Halloween.

Sehingga berita ini ditulis ini, DOGE kini berlegar-legar pada zon harga 0.08200 menunjukkan sedikit penurunan semula dalam tempoh 24 jam lalu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat