Moody Menurunkan Penarafan Terhadap China Dari Stabil Kepada Negatif

53

Ini adalah kali pertama Moody (Agensi Penarafan) menurunkan penarafan China sejak 25 tahun lalu dan ini adalah signifikan. Tetapi ia bukanlah kali pertama institusi antarabangsa memberi amaran terhadap peningkatan paras hutang China. Ia telah berlaku sejak beberapa tahun yang lalu.

Dalam kenyataanya, Moody menyatakan pertumbuhan ekonomi China yang semakin perlahan dan peningkatan paras hutang adalah untuk mengekalkan ekonomi negara itu kekal berkembang.

Tahun ini merupakan tahun yang kritikal kepada Presiden Xi Jinping yang akan berhadapan dengan kongres politik yang penting hujung tahun ini. Pengukuhan ekonomi akan memberikan beliau kredibiliti dan kuasa di mana persepsi tentang pertumbuhan yang stabil adalah penting untuk beliau.

Ketika ini hutang China berada di sekitar 260% kepada GDP. Nilai hutang yang tinggi biasanya bermaksud risiko yang ditanggung juga adalah tinggi dan apa yang berlaku kepada China adalah penting kepada ekonomi global secara keseluruhan.

Moody pada Rabu menurunkan penarafan China dari Aa3 kepada A1, mengubah pandangan kepada ekonomi negara ini dari stabil kepada negatif.

Marie Diron, Naib Presiden Kumpulan Penarafan Moody berkata pemangkin kepada penurunan taraf ini adalah disebabkan kombinasi faktor yang termasuk potensi pertumbuhan akan jatuh kepada 5% hujung dekad ini.

“Sasaran pertumbuhan rasmi China juga diturunkan, dan ia lebih perlahan. Oleh itu, ekonomi banyak bergantung kepada rangsangan polisi,” tambahnya hal ini akan meningkatkan lagi paras hutang kerajaan China.

Namun, Kementerian Kewangan China tidak bersetuju kepada tindakan penarafan oleh Moody.

Dalam kenyataannya, kementerian menyatakan penurunan ini adalah berdasarkan “kaedah yang tidak bersesuaian” dan Moody sebelum ini ‘overestimate‘ kesukaran yang dihadapi oleh ekonomi China, dalam masa yang sama ‘underestimate’ usaha kerajaan China untuk menangani perubahan struktur ekonomi dan kapasiti berlebihan.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat