New Zealand Mencatat Peningkatan Defisit Dalam Akaun Semasa Dan Imbangan Perdagangan

102

Berdasarakan laporan yang dikeluarkan, Defisit akaun semasa New Zealand lebih besar daripada jangkaan penganalisis pada suku tahun ketiga.

Hal ini disebabkan kadar pendapatan luar negara syarikat domestik adalah lebih rendah daripada syarikat luar yang beroperasi dalam negara.

Pada suku tahun ketiga, berdasarkan laporan Jabatan Perangkaan New Zealand, akaun semasa mencatat defisit sebanyak NZ$4.679 billion berbanding jangkaan penganalisis yang mensasarkan bacaan defisit sebanyak NZ$4.29 billion.

Namun aliran keluar purata dalam pendapatan utama meningkat daripada NZ$136 juta kepada NZ$2.5 billion pada suku tahun ketiga.

Jabatan Perangkaan melaporkan bahawa perniagaan New Zealand mengaut pendapatan yang rendah daripada luar negara manakala perniagaan luar mencatat pendapat yang lebih besar.

Berdasarkan kiraan tahunan, akaun semasa mencatat defisit sebanyak NZ$7.1 billion.

Selain itu, defisit perdagangan juga meningkat pada bulan November.

Defisit perdagangan sebanyak $1.2 billion berbanding jangkaan penganalisis yang menjangkakan defisit hanya pada NZ$500 juta.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat