NFP: Ini Situasi Pasaran Buruh Pada Bulan April! Kadar Pengangguran Melonjak Naik!

731

Penularan wabak Covid-19 telah menyebabkan kerajaan terpaksa mengambil langkah yang tegas seperti perintah berkurung di berbagai lapisan masyarkat sehingga memberi kesan yang buruk terhadap pasaran buruh Amerika Syarikat.

Pada bulan April, sebanyak 20.5 juta pekerja dari NFP telah kehilangan pekerjaan dan ini secara tidak langsung menyebabkan kadar pengangguran melonjak kepada 14.7% berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Buruh pada hari ini.

Walaubagaimanapun angka ini sedikit baik dari jangkaan pakar ekonomi. Berdasarkan tinjauan Dow Jones, ahli ekonomi menjangkakan akan terdapat pengurangan dalam payrolls sebanyak 21.5 juta dan kadar pengangguran akan meningkat kepada 16%.

Kadar pengangguran ini merupakan kadar tertinggi yang pernah dicapai selepas kadar pengganguran pada zaman kemelesetan besar. Angka pasaran buruh pada bulan April telah menghapuskan semua peningkatan pekerjaan yang dicapai sebelum ini. Lonjakan pengangguran adalah berikutan kehilangan pekerjaan oleh para pekerja yang bekerja pada separuh masa.

Industri yang paling terkesan ialah industri hiburan dan perhotelan dimana sebanyak 7. juta dan 5.5 juta telah kehilangan pekerjaan. Bagi perkhidmatan pendidikan sebanyak 2.5 juta pekerja telah kehilangan pekerjaan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat