Olimpik 2020 Bakal Ditangguhkan?

308

Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe mengeluarkan suatu kenyataan bahawa terdapat kemungkinan Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang dijadualkan bermula pada 24 Julai akan ditangguhkan gara-gara penularan wabak COVID-19. Oleh yang demikian, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) sedang mengkaji keadaan semasa selama beberapa minggu dan membuat keputusan merangkumi penangguhan sukan bertaraf dunia itu.

Menurut ketua Jawatankuasa Olimpik dan Paralimpik Amerika Syarikat, keputusan yang perlu diambil itu adalah sangat penting bagi membendung masalah yang akan datang terutamanya dalam kalangan atlet. Walau bagaimanapun, mereka perlu menitikberatkan aspek kesihatan dan keselamatan terutamanya ketika dunia berhadapan dengan virus merbahaya ini.

Oleh yang demikian, IOC mendapat banyak maklum balas daripada agensi sukan yang terlibat. Mereka mendakwa bahawa ramai yang tidak mahu sukan berprestij tersebut ditangguhkan namun, keadaan semasa amatlah merbahaya bagi semua yang terlibat. Lebih-lebih lagi kebanyakan negara telah mengisytiharkan perintah berkurung dan mereka perlu kekal berada di dalam rumah.

Hingga kini, kita masih berteka-teki adakah Olimpik Tokyo 2020 bakal diteruskan atau ditangguhkan? Jika ianya ditangguhkan, adakah akan meninggalkan kesan yang besar terhadap negara tuan rumah iaitu Jepun?

 

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat