Pakar ING Menjangka GBP/USD Naik Hampir 2000 Pip Dalam Tempoh Setahun

57

Jangkaan terhadap matawang Sterling (GBP) untuk tahun hadapan adalah stabil, tetapi beberapa penganalisis matawang menunjukkan GBP akan membuat kenaikan jika rundingan antara Britain dan Kesatuan Eropah bertukar menjadi positif.

Ramalan yang dibuat terhadap 60 pakar tukaran matawang dalam tinjauan Reuters yang dibuat pada 4-6 Disember menunjukkan GBP/USD akan berada di sekitar 1.33 dalam tempoh sebulan, 1.32 dalam tempoh enam bulan dan 1.33 dalam tempoh 12 bulan dari sekarang.

GBP/USD didagang di sekitar 1.34 pada lewat Rabu dan kini turun ke sekitar 1.3370 setakat pukul 4.15 petang pada Khamis.

Penganalisis di ING paling optimis dengan mengatakan GBP/USD mungkin akan berada di sekitar 1.53 dalam tempoh setahun. Ini adalah ramalan tertinggi dalam tinjauan yang dibuat oleh Reuters.

“Kami percaya pasaran GBP memandang rendah kepada faedah ekonomi daripada perjanjian peralihan Brexit. Lebih banyak kenaikan pada masa akan datang khususnya jika perjanjian peralihan ditandatangani, kata Viraj Patel di ING.

Walaupun terdapat sentimen positif terhadap GBP ketika ini, tetapi pemain pasaran masih ragu dengan rundingan Brexit yang tidak menentu. Pasaran mahu melihat lebih banyak isyarat positif tentang rundingan khususnya perjanjian fasa kedua.

Pada Selasa, Perdana Menteri Theresa May dilihat tertekan selepas perjanjian Brexit gagal pada saat akhir dan ramalan terendah adalah oleh NORD/LB di mana GBP/USD berpotensi jatuh ke paras 1.2000  dalam tempoh setahun.

“Tiada kemajuan yang mencukupi untuk memulakan rundingan perdagangan awal tahun depan. Dalam persekitaran yang tidak menentu, keadaan ekonomi UK akan menjadi lebih mudah terkesan,” kata Jens Kramer di NORD/LB.

“Oleh itu, kami tidak menjangka BoE akan meneruskan kenaikan kadar faedah tahun depan. Kerana ini semua akan menekan kadar tukaran.”

Bulan lalu, Bank of England (BoE) telah menaikkan kadar faedah, namun menyebabkan kejatuhan matawang Sterling yang disebabkan kebimbangan bank pusat terhadap prospek ekonomi di masa hadapan. BoE juga menyatakan secara jelas ketidaktentuan yang dibawa oleh Brexit kepada ekonomi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat