Pasaran NFT Catatkan Pertumbuhan Luar Biasa, Hampir 43,000% Sepanjang 2021!

651

Pasaran non-fungible token (NFT) berkembang pesat sejak pertengahan 2021.

Dikhabarkan pasaran NFT telah mencatatkan nilai dagangan mencecah lebih $13 bilion sepanjang tahun.

Berdasarkan rekod setakat pada hari ini, nilai dagangan NFT meningkat hampir 43,000% jika dibandingkan dengan prestasi pada 2020.

Pada tahun tersebut, pasaran NFT cuma mencatatkan nilai dagangan lebih $33 juta.

Lonjakan ini didominasi oleh prestasi platform NFT terbesar dunia, OpenSea dengan rekod 88% atau $12.5 bilion daripada keseluruhan jumlah dagangan untuk 2021.

Adakah momentum ini akan berterusan?

Ramalan mendedahkan, ya.

Penganalisis berpendapat pasaran NFT dan metaverse akan berkembang pada tahap yang luar biasa, lagi-lagi selepas Facebook beralih dengan nama baharu, Meta dan banyak syarikat besar sudah mensasarkan token-token metaverse seperti The Sandbox (SAND) dan Decentraland (MANA).

Pembaca Intraday mungkin sudah boleh bersedia dengan fenomena ini pada tahun hadapan. Manalah tahu kalau Intraday sendiri lancarkan NFT.

Eh?

Shhh! Biarlah rahsia.

Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFTKlik di sini untuk sertai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat