Pasaran Saham Goyang, Dolar Layu Hingga Penghujung Minggu

246

Pasaran Wall Street memperlihatkan saham menjunam apabila dolar terus layu selepas pegawai Federal Reserve (Fed) memberi isyarat hawkish berkenaan kenaikan kadar secepat bulan Mac seterusnya bakal menamatkan syarat mudah monetari.

Gabenor dan jurubank pusat Amerika Syarikat (AS), Lael Brainard telah memberi isyarat jelas mengenai kenaikan kadar tersebut menjelang Mac bagi membendung inflasi dan data pasaran buruh AS yang semakin ketat turut memberi isyarat kesesakan bekalan dan tekanan inflasi.

Hasilnya, sentimen pelabur mulai bertukar resah dan gementar mengenai isyarat tersebut.

Indeks purata Dow Jones Industrial hilang 0.5%, S&P 500 susut 1.4% dan Nasdaq Composite jatuh 2.5%.

Tolok saham MSCI seluruh dunia susut 0.92% selepas saham Eropah dan AS jatuh dalam lautan merah.

Indeks MSCI saham Asia-Pasifik luar Jepun kekal mendatar selepas mencatat keuntungan harian terbesar dalam sebulan pada Rabu dengan Nikkei Jepun susut 1% selepas kenaikan 2%.

Indeks STOXX 600 pan-Eropah kekal dalam kerugian apabila saham pertahanan dipadankan dengan kenaikan dalam saham pembuat kereta dan teknologi yang diharapkan dapat menambah baik bekalan semikonduktor.

Pasaran bon menyaksikan hasil 10 tahun AS menurun 1.7006% walaupun sesetengah penganalisis menyatakan ia akan meningkat lebih tinggi tahun ini disebalik kenaikan kadar sementara hasil 10 tahun Jerman melonjak -0.086%, menghampiri paras hasil positif buat kali pertama sejak Mei 2019.

Dalam pada itu, dolar berterusan layu menurun di paras terendah 2 bulan dengan indeksnya turun 0.139% pada 94.873 sementara Euro meningkat 0.1% pada $1.14530.

Harga minyak mentah AS susut 1.36% pada $81.52 setong dan Brent turun 0.96% pada $83.86.

Harga spot emas turun 0.2% pada $1,822.08 per auns sementara niaga hadapan emas AS susut 0.65% pada $1,821.20 per auns.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat