Pasaran Wall Street Ditutup Bercampur-Campur

127

Pasaran saham Amerika Syarikat ditutup lemah pada hari pertama dagangan dalam minggu ini apabila hanya indeks Dow Jones yang mencatatkan kenaikan berbanding S&P 500 dan Nasdaq. Ini mungkin disebabkan oleh data ekonomi yang lemah daripada jangkaan di Eropah dan kebimbangan mengenai perang dagangan.

Indeks Dow Jones menamatkan sesi dagangan dengan kenaikan 14.89 mata untuk berada pada paras 26,949.99 mata. Namun begitu, nasib berbeza ditunjukkan oleh S&P 500 apabila jatuh sedikit 0.29 mata kepada 2,991.78 mata dan Nasdaq juga turun 5.21 mata untuk menutup sesi dagangan pada paras 8,112.46 mata.

Isu perdagangan masih lagi menjadi topik utama berikutan tindakan delegasi dari China yang membatalkan lawatan ke salah sebuah ladang pertanian sekaligus menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pemimpin AS.

Sementara itu, Rizab Persekutuan New York menambah kecairan untuk hari kelima berturut-turut bagi memastikan pasaran pinjaman semalaman terus berfungsi dengan lancar. Minggu lalu, bank pusat serantau menyuntik puluhan bilion dolar melalui empat operasi pinjaman semalaman.

Perbincangan dalam kalangan pemimpin tertinggi yang dijangka melibatkan antaranya Wakil Perdagangan Robert Lighthizer dan Setiausaha Perbendaharaan Steven Mnuchin masih dijadualkan dalam bulan Oktober, tetapi pelabur seolah-olah menunjukkan sedikit semangat untuk perjanjian jangka pendek.

Dalam pada itu, ekonomi perkilangan Jerman yang kukuh sebelum ini dilihat semakin perlahan ke tahap yang rendah seperti yang pernah ditunjukkan ketika berlakunya krisis kewangan global yang terjadi bulan ini. Berdasarkan data yang diperolehi, perkara ini menjurus kepada kemelesetan ekonomi yang terbesar di Eropah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat