Pekerjaan Kanada Makin Teruk, Adakah Ini Petanda Buat BOC?

165

Dolar Kanada mendapat sokongan untuk meningkat daripada kelemahan US dolar walaupun setelah diperlihatkan dengan bacaan data pekerjaan yang mengecewakan pada bulan Ogos.

Ekonomi Kanada kehilangan pekerjaan untuk bulan ketiga berturut-turut dan kadar pengangguran tanpa dijangka melonjak, memberi petanda kenaikan kadar faedah telah mula memberi kesan ke atas pasaran buruh.

Pada Jumaat, Statistik Kanada melaporkan pekerjaan berkurang sebanyak 39,700 bulan lepas, lebih teruk daripada penurunan 30,600 yang direkodkan pada sebelumnya. Bacaan yang dicatatkan juga meleset daripada jangkaan untuk meningkat sebanyak 15,000.

Sementara kadar pengangguran pula mengejutkan pasaran dengan lonjakan ketara kepada 5.4% daripada 4.9% yang dicatatkan pada bulan Julai.

Meskipun begitu, kelemahan data ini hanya memberi sedikit impak kepada dolar loonie yang kekal mencatat peningkatan kerana memanfaatkan kelemahan dagangan US dolar.

Walaupun bacaan data yang dicatatkan lemah, penganalisis melihat ia tidak akan mendorong Bank of Canada (BOC) untuk meredakan pengetatan dalam dasar monetarinya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat