Pengukuhan Eksport China, Jadi Pemangkin Pertumbuhan Ekonomi

154

Eksport China berkembang lebih baik daripada dijangkakan pada bulan Disember dengan sokongan oleh pengukuhan dalam permintaan global yang berterusan.

Secara tahunan, eksport berkembang sebanyak 20.9%, melebihi unjuran untuk kenaikan 20%. Sementara import pula meningkat sebanyak 19.5%, meleset daripada jangkaan peningkatan 26.3%.

China mencatatkan lebihan dagangan sebanyak $94.46 bilion pada bulan lepas daripada $71.72 bilion yang dicatatkan sebelumnya, dan lebih baik dari jangkaan lebihan $74.50 bilion.

Menurut penganalisis, pengembangan yang pesat dalam eksport China dilihat menjadi faktor utama yang merangsang pertumbuhan apabila beberapa sektor lain menunjukkan kegoyahan.

Ini kerana, penularan semasa Covid-19 di beberapa bandar menyebabkan sektor utama seperti pembuatan dan perniagaan terbantut. Sejajar dengan itu, ia menambahkan lagi risiko penurunan dalam prospek ekonomi China pada suku pertama.

Eksport China dijangka kekal kukuh pada suku pertama tahun ini disebabkan permintaan global yang berdaya tahan walaupun masih dibelenggu ancaman wabak Covid-19 di seluruh dunia.

China dijangka akan menerbitkan data pertumbuhan ekonomi dan jualan runcit untuk tahun 2021 pada hari Isnin.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat