Pengurangan Dagangan UK-EU Memburukkan Ekonomi- Broadbent

51

Kemerosotan perdagangan antara Britain dan Kesatuan Eropah akan memberi kesan buruk kepada ekonomi dan akan menyebabkan harga terus meningkat, kata Timbalan Gabenor Bank of England Ben Broadbent pada Selasa.

Dalam ucapan beliau yang berfokus kepada faedah globalisasi, Broadbent memberi amaran kurangnya dagangan dengan pasaran tunggal Eropah akan merugikan eksport perkhidmatan perniagaan dan kewangan ke pasaran tersebut.

Dalam masa yang sama, Britain juga berkemungkinan perlu menghasilkan lebih banyak barangan atau perkhidmatan yang diimport dari Kesatuan Eropah.

“Kehilangan faedah eksport perkhidmatan ke pasaran tunggal akan cenderung mengurangkan pendapatan UK, dan juga meningkatkan beberapa kos yang lain seperti makanan dan mesin,” kata Broadbent dalam ucapannya di Aberdeen.

Dalam perkembangan lain Pengarah ECB Benoit Coeure pada Selasa berkata “kelemahan Euro bukanlah tujuan daripada program pembelian aset oleh European Central Bank (ECB) sejak dua setengah tahun yang lepas”.

“Kejatuhan nilai Euro adalah kesan-sampingan polisi, tetapi bukanlah objektif bank pusat.”

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat