Pos Malaysia Beri Amaran Kos Penghantaran Akan Naik!

432

Pos Malaysia Bhd memberi amaran bahawa peningkatan kos penghantaran dan impak besar terhadap sistem pos dunia akan berlaku susulan ancaman Perkhidmatan Pos Amerika Syarikat (USPS) akan meninggalkan Kesatuan Pos Universal (UPU).

Pentadbiran Trump memaklumkan bahawa ia akan meninggalkan UPU jika tiada pembaharuan dibuat dalam sistemnya dan mendakwa China tidak membayar dengan cukup untuk menghantar pengiriman asing kepada penerima di AS.

China dan negara-negara lain yang diklasifikasikan sebagai negara membangun, dikenakan kos penghantaran ke AS yang lebih rendah daripada kos penghantaran syarikat-syarikat AS ke dalam negara sendiri.

Sehubungan dengan itu, Pos Malaysia memberi amaran bahawa impak besar akan berlaku iaitu kos penghantaran lebih tinggi dan ketidakstabilan sistem pos di seluruh dunia dengan mengakibatkan mel yang tidak dapat dihantar serta berlaku lambakan pakej.

Kerjasama dengan kerajaan dan pihak-pihak yang berkaitan sedang dilakukan bagi berbincang mengenai ancaman tersebut. Tiga cadangan telah dibentangkan di Kongres UPU Geneva dari 24 hingga 26 September dengan semua pilihan memberi impak kos yang tinggi kepada pengendali pos di seluruh dunia.

Menurut Pos Malaysia, pertimbangan terhadap penyusunan semula adalah pilihan yang mungkin diambil untuk mengurangkan potensi kenaikan harga pos dan bungkusan secara global.

Kebanyakkan produk e-dagang adalah daripada China sama ada secara langsung atau tidak, menyebabkan negara-negara seperti Malaysia akan tersepit di antara pertikaian perdagangan dua gergasi ekonomi ini.

Terdahulu, eBay juga memberi amaran bahawa kemungkinan akan berlaku gangguan perkhidmatan dan peningkatan kos yang ketara untuk penghantaran melalui Perkhidmatan Pos Amerika Syarikat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat