Prestasi Dagangan Australia Kurang Memberangsangkan Pada Mac

46

Sektor perdagangan Australia rekod prestasi kurang memberangsangkan pada Mac dengan import mengatasi eksport dari segi pertumbuhan.

Data imbangan perdagangan (trade balance) Australia mencatat lebihan dagangan (trade surplus) A$3.11 billion jatuh dari A$3.66 billion pada bulan sebelum itu. Jangkaan bagi data kali ini ialah lebihan dagangan A$3.33 billion.

Imbangan perdagangan adalah hasil eksport tolak import yang mana jika hasilnya positif, ia dipanggil trade surplus (lebihan dagangan) dan sebaliknya dipanggil trade deficit (kurangan dagangan).

Eksport meningkat 2% pada Mac selepas meningkat 1% pada bulan sebelum. Manakala import pula merekod naik 5%.

Harga arang (coal) dan biji besi (iron ore) banyak menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara ini dengan eksport memainkan peranan penting. Penganalisis menjangka Australia akan merekod lebihan dagangan pertama tahun ini sejak kali terakhir merekod lebihan pada 1970.

Lebihan dagangan ini juga mampu meningkatkan pertumbuhan ekonomi Australia dan juga nilai Aussie.

Sejurus data ini dikeluarkan pagi tadi, reaksi pasaran hanya minimum dengan Aud/Usd sedikit berubah. Kelemahan matawang tempatan kadang-kadang memberi galakan kepada sektor eksport di mana negara seperti Australia banyak bergantung kepada eksport sejak dahulu lagi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat