Preview News Besar Bank of England Pukul 8 Malam Ini, Matawang GBP Jadi Tumpuan

86

Malam ini satu lagi bank pusat utama akan menetapkan polisi monetari iaitu Bank of England (BoE) pada pukul 8 malam. Pelabur dilihat akan memberi perhatian kepada pandangan bank pusat terhadap Brexit selepas rundingan fasa pertama dimeterai antara Britain dan Kesatuan Eropah.

Bank pusat dijangka mengekalkan kadar faedah dan menunggu sehingga prospek ekonomi semakin jelas di masa hadapan sebelum menaikkan kadar faedahnya lagi selepas ini.

Bulan lalu BoE memberi isyarat bahawa mereka akan mengetatkan polisi secara beransur-ansur dan terhad yang disebabkan oleh ketidaktentuan impak Brexit kepada ekonomi Britain.

Tinjauan yang dibuat oleh Reuters menjangka MPC (Monetary Policy Committee) akan mengekalkan kadar faedah 0.50% dengan undian 9-0.

Gabenor Carney telah mengatakan bank pusat akan fokus kepada reaksi pengguna dan perniagaan terhadap rundingan Brexit dan tidak akan meramalkan sendiri impak rundingan itu kepada ekonomi.

Permintaan pengguna merosot tahun ini disebabkan kenaikan inflasi. Perjanjian Britain – EU minggu lalu mengurangkan sedikit risiko kepada ekonomi.

Bulan lalu, Bank of England (BoE) mengekalkan unjuran pertumbuhan ekonomi 1.6% pada 2018 yang mana lebih tinggi daripada jangkaan pasaran.

Inflasi juga telah meningkat ke paras tertinggi sejak Mac 2012 iaitu 3.1%. Bank pusat telah mengatakan kenaikan inflasi melepasi sasaran bank pusat adalah disebabkan kejatuhan nilai Sterling tahun lalu dan inflasi dijangka akan turun secara perlahan-lahan tahun depan.

 

Nak belajar analisis Fundamental? Klik sini

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat