Preview News Besar Bank Pusat Australia (RBA) : AUD Tumpuan Pasaran Pada Selasa

458

Aussie dollar menguat secara keseluruhan pada Isnin dengan pasaran hari ini dilihat baik di mana sentimen Risk-On adalah tema dagangan hari ini. AUD pada hari ini juga disokong oleh data-data ekonomi yang memberangsangkan pada sesi Asia.

Antara tumpuan pasaran pada minggu ini adalah penetapan polisi monetari RBA pada Selasa (12.30 tengah hari). Pasaran masih lagi menjangka kadar faedah akan dikekalkan di paras 1.50% untuk 22 bulan berturut-turut.

Setakat ini pair AUD/USD telah membuat kenaikan sehingga 1.11%.

Dalam kenyataan sebelum ini, RBA (Reserve Bank of Australia) telah beberapa kali menyatakan “perubahan kepada kadar selepas ini berkemungkinan besar adalah kenaikan”.

Inflasi adalah petunjuk penting untuk yang akan dilihat oleh RBA sebelum membuat keputusan tentang dasar monetari. Inflasi Australia telah lama berada di bawah sasaran RBA iaitu 2% hingga 3% sejak lewat tahun 2014. Disebabkan hal ini RBA dijangka akan terus mengekalkan kadar faedah di paras 1.50%.

Data-data ekonomi terbaru

Kebanyakan data yang dikeluarkan sejak Mei iaitu data jualan runcit suku pertama, data pinjaman perumahan, upah, perbelanjaan modal syarikat, dan keyakinan pengguna agak mengecewakan. Hal ini menyebabkan peratusan kebarangkalian kadar faedah dinaikkan pada hujung tahun ini hanya 5%.

Jika data ekonomi terus-menerus merekodkan bacaan negatif, ini akan menyukarkan peningkatan inflasi di Australia dan akan menyebabkan Aussie tertekan dalam jangka masa panjang, kerana bank pusat hanya akan menaikkan kadar faedah apabila inflasi meningkat.

Dengan bank-bank pusat utama yang lain (Federal Reserve, Bank of England, Bank of Canada) dalam kitaran menaikkan kadar faedah, ini akan menjadikan perbezaan hasil pelaburan antara Australia dan negara lain semakin besar di mana AUD dilihat kurang menarik berbanding matawang yang lain.

RBA tidak pernah mengubah kadar faedah sejak pertengahan tahun 2016 dan dijangka masih lagi mengekalkan kadar faedah di paras 1.50%. Baru-baru ini RBA telah menaikkan unjuran pertumbuhan ekonomi tetapi masih belum terburu-buru untuk menaikkan kadar faedah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat