PREVIEW News Besar Non-Farm Payroll NFP Malam Ini

67

Laporan non-farm payroll (NFP) akan dikeluarkan 8.30 malam ini pada Jumaat dan majoriti pakar percaya keputusan laporan malam ini akan menjadi penentu kenaikan kadar faedah The Fed yang dijadualkan bermesyuarat 13-14 Jun.

Jangkaan tambahan pekerjaan kali ini ialah tambahan 185,000 pada bulan Mei berbanding 211,000 pekerjaan sebenar yang ditambah pada tempoh sama. Kadar pengangguran masih dilihat akan berada di sekitar 4.4%, paras terendah sejak 2007.

Majoriti penganalisis percaya ekonomi US kini berada pada gunatenaga-penuh (full-employment). Hal ini menyebabkan fokus pasaran terarah daripada jumlah pekerjaan kepada kenaikan kadar gaji.

Average hourly earnings (Purata gaji per jam) dijangka naik 0.2% selepas merekod kenaikan 0.3% pada bulan sebelum itu. Kadar tahunan dijangka naik dari 2.5% kepada 2.6%.

“Jika anda mahu saya nyatakan apakah data yang diberi perhatian oleh The Fed ketika ini, saya akan mengatakan ia adalah ‘average-hourly earnings‘,” kata ketua strategi pelaburan Brown Brothers Harriman, Scott Clemons.

Secara mudahnya, kenaikan kadar gaji akan memberikan pengguna lebih kuasa beli dan akan menolak harga barangan menjadi lebih mahal.

Tetapi The Fed sendiri telah menyatakan jangkaannya untuk menaikkan dua kali lagi kadar faedah tahun ini dan pasaran pula telah menunjukkan potensi kenaikan kadar sebanyak 88%.

Secara keseluruhan data yang kurang memberangsangkan malam ini akan mengurangkan potensi kenaikan kadar faedah pada Jun. Pasaran dijangka akan memberi perhatian kepada data gaji untuk melihat sama ada ia akan memberi tekanan kepada kenaikan inflasi seterusnya menolak kadar faedah lebih tinggi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat