Preview Ringkas Minit Mesyuarat FOMC Pukul 3 Pagi Nanti

108

Pemain-pemain pasaran di seluruh dunia akan cuba mendapatkan isyarat tentang tindakan The Fed selepas bank pusat Amerika Syarikat itu menaikkan kadar faedahnya pada Disember lalu yang merupakan kenaikan ketiga pada 2017.

Ramai yang mengatakan ia adalah ‘dovish hike’ (kenaikan kadar faedah dengan kenyataan bank pusat yang dovish). Kenaikan kadar bulan lalu sebenarnya telah dijangka sejak pertengahan tahun 2017 lagi dan disebabkan itu ia telah diserap oleh pasaran (priced-in) dan menyebabkan US dolar mengakhiri tahun 2017 di paras terendah dan mengalami kejatuhan terbesar sejak tahun 2003.

US dolar dijangka akan memulih semula pada 2018 jika pertumbuhan ekonomi semakin baik. Dalam masa yang sama keluk hasil-bon  kerajaan AS menunjukkan pasaran menjangkakan tiga kali kenaikan kadar faedah tahun ini.

Analisis ‘dot plot’ dalam mesyuarat Disember menunjukkan bank pusat akan menaikkan kadar faedah sehingga 2.25% pada 2018. Dengan kadar faedah ketika ini telah dinaikkan kepada 1.50%, bermakna ada tiga lagi kenaikan kadar faedah pada 2018, sama seperti unjuran yang dibuat sebelum ini.

Minit mesyuarat FOMC akan dikeluarkan pada Khamis pukul 3 pagi waktu Malaysia. Pemain pasaran akan cuba mendapatkan sebarang isyarat tentang pengetatan polisi walaupun bank pusat dijangka tidak memberi isyarat langsung bilakah ia akan dinaikkan. Namun, isyarat yang lebih jelas tentang berapa pantas kadar faedah dinaikkan akan melonjakkan US dolar pagi nanti.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat