Proton Lancar Logo dan Slogan Baru!

585

Dalam usaha mencapai misi dan matlamat sebagai jenama automotif moden di peringkat global, Proton Holdings Bhd telah memperkenalkan logo dan slogan baru ‘Inspiring Connections’ dengan berpandukan tiga nilai teras iaitu teknologi inovatif, kebolehpercayaan dan antarabangsa.

Berpandukan teras teknologi inovatif, Proton menyatakan komitmennya untuk membangunkan produk dengan teknologi paling inovatif yang tersedia dan terkini yang menggabungkan platform R&D di peringkat global dan Geely iNTEC.

Dalam konteks kebolehpercayaan, ia merangkumi produk dan perkhidmatan selepas jualan manakala antarabangsa merujuk kepada cita-cita untuk menjadi salah satu daripada tiga pengeluar automotif terkemuka di rantau ASEAN menjelang 2027.

Selain itu, bagi mencapai matlamat sebagai jenama automotif global yang berdaya saing, Proton akan terus berganding bahu dengan rakan kongsi global dan memanfaatkan hubungan serta peluang yang telah tersedia dengan sebaiknya.

Pertumbuhan jualan Proton menunjukkan momentum yang positif dengan meningkat sebanyak 36% pada Januari hingga Ogos tahun ini menjadikannya jenama kereta yang mencatatkan pertumbuhan lebih tinggi kerana dipacu oleh peningkatan tahap kepercayaan pelanggan dan pengenalan model baru.

Proton memperkenalkan logo baru dengan reka bentuk ‘uncaged’ dan kepala harimau yang dipegang tinggi, menandakan Proton seperti kepala anak panah yang bergerak kehadapan menuju ke arah kejayaan.

Penggunaan logo baru ini akan digunakan pada kenderaan (SUV) model Proton X70 versi pemasangan tempatan (CKD) yang dijangka dilancarkan pada suku keempat tahun ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat