Akibat Mogok , GM “Rehatkan” Ribuan Pekerjanya

469

General Motors (GM) bertindak dengan “merehatkan” ribuan pekerjanya dari pelbagai bahagian di beberapa kawasan. Ini adalah tindak balas kepada mogok yang dilancarkan oleh Kesatuan Pekerja Automotif (UAW) yang telah memasuki hari yang kesembilan. Antara isu yang dibangkitkan oleh UAW termasuklah mengenai kadar gaji yang lebih baik dan pelan penjagaan kesihatan.

Mogok yang dilakukan ini merupakan yang terpanjang di dunia sejak tahun 1970, membawa lebih 46,000 pekerja kilang sepenuh masa untuk menyertai perarakan ini yang mengakibatkan operasi lebih daripada 30 kilang pembuat kereta tergendala.

Pertemuan di antara UAW dan GM telah diadakan semalam bagi proses tawar-menawar dan dijangka bakal disambung ke hari ini apabila kedua-dua pihak tampak berusaha untuk mencari jalan penyelesaian yang akan memberi manfaat untuk semua.

Ketika mogok yang berterusan untuk minggu kedua, GM telah “merehatkan” lebih daripada 1,200 pekerja dari kilang enjin di Ohio dan Kanada. Pemberhentian sementara ini menambah kepada 2,000 pekerja di kilang pemasangan GM di Oshawa, Kanada yang juga mengalami nasib sama minggu lalu akibat mogok.

Sekurang-kurangnya tiga buah syarikat di sekitar Michigan telah menamatkan operasinya yang membekalkan kemudahan pemasangan dalam skala besar untuk GM dan terpaksa menamatkan perkhidmatan para pekerjanya. Menurut Todd Collins yang mewakili UAW, lebih daripada 1,800 orang pekerja yang bekerja untuk pembekal GM telah diberhentikan semasa mogok.

Ketegangan memuncak di Tennessee hujung minggu lalu menyebabkan GM terpaksa meminta hakim mengeluarkan surat perintah penangguhan mogok untuk sementara waktu bagi menyekat peserta mogok daripada menghalang akses laluan ke kilang pemasangan dan menganggu pekerja lain. Permintaan itu telah diluluskan oleh hakim.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat