Rakyat AS Nak Lari Keluar Negara Lepas Debat Trump dan Biden

678

Perdebatan kali pertama secara langsung antara Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan pencabarnya, Joe Biden di Cleveland semalam nampaknya tidak berakhir dengan baik apabila rakyat negara itu nekad untuk melarikan diri.

Perdebatan yang disifatkan “terburuk di dalam sejarah politik” bukan sahaja menyebabkan ekuiti pasaran hadapan AS susut, malah mendorong enjin carian Google ‘panas’ dengan kata kunci ‘Berpindah ke New Zealand’.

Kedengaran lucu, tetapi ia benar-benar berlaku ketika perdebatan itu masih bersiaran langsung! Antara kata kunci panas yang lain termasuklah, ‘Cara Untuk Memohon Kewarganegaraan Kanada’, ‘Berpindah ke Kanada’ dan ‘Cara Berpindah ke Kanada’

Kebanyakkan kata kunci tersebut popular di beberapa daerah AS seperti Massachusetts, Michigan, Illinois, New York, Pennsylvania, Oregon, Wyoming, Washington, Colorado dan Vermont.

Segelintir rakyat Kanada menyambut jenaka itu dengan menyatakan negara mereka sejak awal lagi sudah mengenakan sekatan di sempadan.

Selain New Zealand dan Kanada, rakyat AS juga berminat untuk berpindah ke Ireland, United Kingdom (UK) dan Australia, berdasarkan carian di Google.

Jika dibandingkan Kanada dan New Zealand dengan AS, tidak dinafikan dua negara itu sehingga kini masih kekal sebagai negara yang berjaya menangani kes COVID-19 dengan rekod paling rendah.

Sebelum ini juga kedua-dua perdana menteri dari dua negara itu, Justin Trudeau dan Jacinda Ardern pernah menyelar Trump, menyifatkan AS sebagai negara paling gagal mengawal penyebaran wabak koronavirus.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat