Ranking Malaysia Jatuh 7 Anak Tangga Dari Segi Daya Saing Untuk 2022

331

‘Kata layak Piala Asia, asal ranking jatuh ni?’

Laporan Kedudukan Daya Saing Dunia (WCR) oleh Institusi Pembangunan Pengurusan Antarabangsa (IMD) bagi tahun 2022 menyaksikan Malaysia jatuh 7 anak tangga untuk berada pada kedudukan ke-32.

Penurunan tersebut adalah disebabkan oleh pembukaan semula ekonomi yang perlahan selepas COVID-19 berbanding Kesatuan Eropah (EU) dan Amerika Syarikat (AS).

Mengiringi Malaysia adalah Thailand yang jatuh pada kedudukan ke-33 daripada ke-28 sementara Indonesia susut ke-44 dari ke-37.

Negara ekonomi terbesar dunia, China juga menurun ke ranking ke-17 ekoran dasar ‘sifar-COVID’ yang dilasanakan bagi membendung penyebaran coronavirus sehingga memaksa penutupan bandar-bandar utama negara tersebut.

Menurut nota kaki pada laporan tersebut, China perlu menyusun semula ekonominya dari segi pembuatan, perkhidmatan bernilai tinggi, pelaburan kepada penggunaan.

Sungguhpun begitu, China kekal mendominasi ekonomi Asia-Pasifik (APC) yang diikuti oleh Singapura di kedudukan ke-3, Hong-Kong ke-5 dan Taiwan ke-7.

Difahamkan pencapaian Singapura yang ungguli ranking ke-3 dari ke-5 adalah disebabkan pemulihan peningkatan ekonomi domestiknya, pekerjaan, kewangan awam dan produktiviti serta kecekapan.

Dalam pada itu, India menjadi negara dengan peningkatan paling mendadak dalam kalangan ekonomi Asia yang naik pada kedudukan ke-37 daripada ke-43 ekoran kecemerlangan keuntungan prestasi ekonomi dan kecekapan perniagaannya.

Ulas Ketua Ekonomi IMD, Christos Capolis, kebanyakan ekonomi dunia masih cuba memulih daripada Covid-19 yang menjejaskan daya saing negara.

Selain itu, faktor pencerobohan Rusia ke atas Ukraine juga menambah kelembapan ekonomi negara-negara di Eropah terutamanya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat