Rumah Peribadi Pengerusi Evergrande Disita Untuk Bayar Hutang Syarikat?

316

‘Jangan marah, nanti kena jual.’

Sebuah rumah agam milik Pengerusi China Evergrande, Hui Ka Yan telah disita pemiutang sebagai sebahagian penyelesaian hutang syarikat.

Memetik sumber dari media China, HK01, rumah agam berkeluasan 465 meter persegi dan dianggarkan bernilai sekitar HK$700 juta atau $98 juta  yang terletak di The Peak Hong Kong telah disita oleh pemiutang, CCB (Asia).

Difahamkan rumah tersebut telah dicagarkan untuk menjana sekitar HK$300 juta sebagai sebahagian penyelesaian bon tertunggak Evergrande.

Ia adalah aset peribadi pertama milik Hui yang berada di Hong Kong disita untuk keperluan syarikat.

Menurut pemfailan Hong Kong Land Registry, rumah agam tersebut telah dicagarkan kepada CCB (Asia) pada Oktober 2021 lalu namun tiada sebarang angka kewangan didedahkan.

Buat masa ini pihak Evergrande atau Hui mahupun CCB (Asia) memberi sebarang komen lanjut mengenai perkara tersebut.

Umumnya, Evergrande diapit masalah hutang on-shore serta off-shore yang banyak sehingga mencetus status default  dan memaksa campur tangan kerajaan China.

Sebelum ini juga beberapa aset milik syarikat yang berada di Hong Kong telah dijual atau disita bagi menyelesaikan pembayaran hutang tertangguh dengan China Citi Bank Corp mengambil bangunan pejabat utama Evergrande.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat