Rupanya Trump Mahukan Pakej Rangsangan Lebih Besar, Tapi…

756

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump memberitahu pada Khamis bahawa beliau bersedia untuk meningkatkan tawarannya dalam pakej rangsangan fiskal dari $1.8 trilion kepada angka yang lebih tinggi.

Bagaimanapun, idea itu telah disangkal oleh rakan Parti Republiknya, iaitu Pemimpin Majoriti Senat Mitch McConnell.

Ketika bercakap kepada Fox Business Network, Trump memberitahu bahawa beliau telah mengarahkan Setiausaha Perbendaharaan Steven Mnuchin untuk mengemukakan tawaran rangsangan yang lebih besar, dengan bantuan tambahan untuk membantu pekerja AS.

Pada minggu lalu, Trump telah mencadangkan bantuan bernilai $1.8 trilion dalam rundingan dengan Speaker Dewan Perwakilan Nancy Pelosi. Namun begitu, cadangan tersebut ditolak oleh Demokrat yang tetap tegas dengan permintaannya untuk rangsangan $2.2 trilion.

Malah, ia juga mendapat tentangan daripada parti Republik, terutama di Senat, yang menganggap tawaran semasa White House untuk $ 1.8 trilion itu terlalu besar.

Sementara itu, McConnell menyatakan bahawa jumlah yang lebih tinggi sedang dibincangkan, tetapi beliau memberitahu ramai Republikan Senat memilih nilai bantuan yang lebih kecil.

Dengan berbaki 3 minggu sahaja lagi menjelang pilihan raya presiden pada 3 November, rundingan yang diadakan antara kedua-dua pihak dilihat tidak mungkin akan dapat dicapai sebelum pilihan raya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat