Saham Asia Dan Malaysia Dibuka Mengukuh Dalam Pasaran Asia

56

Saham Asia

Pasaran saham Asia dibuka sedikit kukuh pada sesi dagangan Asia pada Jumaat.

Bursa US berakhir lebih tinggi pada hari Khamis .Pelabur di US kini memberi tumpuan terhadap perkembangan reformasi cukai. Pasaran juga menunggu data perdagangan dari China dikeluarakan sebagai indikasi perkembangan ekonominya.

Nikkei 225 naik 1.12%, melonjak naik setelah mencatat penurunan 2% di tengah minggu ini. Kenaikan ini didorong juga oleh pengukuhan matawang yen. Saham pengeluaran kenderaan, teknologi dan hartanah mencatat peningkatan.

Indeks Kospi bergerak mendatar kerana keuntungan saham teknologi, di tengah kerugian pengeluaran kenderaan dan sektor pembuatan.

Samsung Electronics dan SK Hynix masing-masing naik 1.14% dan 2.11%. Hyundai Motor jatuh 2.79% dan Posco jatuh 1.95%.

S&P/ASX 200 naik 0.22% didukung peningkatan sebahagian besar saham tenaga yang naik berikutan peningkatan harga minyak yang naik lebih dari 1 persen pada sesi terakhir.

Saham Lokal

Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi dengan peningkatan pembelian di bursa dan selari prestasi kukuh semalaman di Wall Street.

Penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mencatat 0.18% lebih tinggi pada 1,722.07 daripada 1,719.05 penutup Khamis.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat